aca ne?

cikgu mule berceloteh..cot..cet..cot..cet..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Saturday, October 29, 2011

me in silent mode dan petua untuk si hilang suara


"Bismillahirrahmanirrahim"
"In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful"

Assalamualaikum semua. di hari sabtu yang damai dengan hujan tak menentu ini maka genaplah 4 hari saye tidak mempunyai suara..hur3..dalam pada yang sama laptop dan handphone w890i saje yang bertindak sebagai medium komunikasi sepenuh masa saye..kesian3..

mengapa tiada suara? haa..sebenarnya saye sendiri pun tak tau kenapa..mungkin Allah nak suruh rase macam mane perasaan orang bisu..atau pun Allah nak bagi suare saye rehat beberapa hari kott..(tu lah, asyik bercakap je kejenye..hee) ape2 pun, kita haruslah berfikiran positif okeh.. ^__^

tapi mungkin juga kerana kerap minum ais! (tak mungkin..tak mungkin) mungkin juga keran cuaca terlalu panas ! (ermm..boleh juga) atau mungkin kerana berjangkit! (ehh..xde suare boleh plak berjangkit ng orang kan..dush~!)

dan..dan..dalam masa 3 hari ni juga saya dah mula mengamalkan petua-petua tradisional..har3... unbelievable! walau bagaimanapun, penyakit sakit tekak dan hilang suara ni memang kerap terjadi pada diri saye..seingatnya dari darjah 5 kot..yeah..~ darjah 5 sebab saye kene ejek kaw2 ngan abang2 kat kampung..cess..tidak mahu ingat itu lagi..-__-

JOM TENGOK APA PETUA YANG SAYA AMALKAN NI..(^__^)

1. ASAM JAWA (pulihkan suara serak) -petua dari nenek aishah..nenek cantik saya-
 apa yang anda perlu hanyalah membersihkan sedikit asam jawe tu (kalau yang dalam peket) kemudian, ramaskan bersma air suam..kalau nak manis sikit, letak lah sikit gula batu tak pun letak madu..ha..madu kan penawar banyak penyakit..


               
air asam jawa
                   

gula batu


tapi orang cakap minum air asam jawe ni pun boleh untuk dapatkan suare yang merdu..wee.. (muke berseri-seri..) pasni kalau suare saye terlebih merdu tu..dah boleh jeles dah..hehe..

2. KEMBANG SEMANGKUK (sakit tekak) -petua dari farahana..artis universiti saye..ngee-
ha..yang ni memang mangkuk semangkuknya.. amik air panas.letak dalam mangkuk..sebab name biji ni kembang seMANGKUK kan..kalau xmangkuk, cawan pun boleh..kemudian masukan kembang semangkuk tu sebiji atau 2 atau nak extra, letak la 9 biji pun..hehe..selepas itu,  biarkan kembang semangkuk tu semalaman.(errmm..saye tak tunggu pun sampai semalaman, lepas kembang tu terus je minum). nanti bila dah kembang biji kembang semamngkuk tu, boleh la minum airnya.. kalau nak manis sikit, campur la dengan gula batu atau madu jugak.. tapi gula pasir tak digalakkan, sebabnya ape ye? saye pun tak tau..huhu..


kembang semangkuk yang asli
kembang semangkuk yang sudah kembang
          

3. KAPUR SIREH (batuk)-yang ini pula petua dari big bro saya a.ka. inche scapex
katenye letakan sedikit kapur sireh di dalam magkuk, kemudian perahkan sedikit limau niis..gaulkan kedua2 ramuan dan sapukan di bahagian leher or tekak..(tekak kat dalam kan..huhu)..InsyaAllah..ok..

kapur sireh


Disini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya pada dua orang insan yang membelikan saya segala keperluan petua2 ini..sepeket strepsils, sepeket asam jawa, sepeket gula batu dan sepeket kembang semangkuk dari TMA..2 jam kemudian datang pula sepeket lagi asam jawa, seketul gula batu, seplastik kembang semangkuk (memang banyak kot) , sebekas kapur sireh, dan seplastik juga limau kasturi dari encik scapex..huhu..tq ika sbb temankan cik scapex dan tunjuk jalan..wink

Terima kasih jga pada rumate2 saya yang terpaksa membaca segala isi hati saya sama ada di laptop, di kertas atau di phone.haha..kelakar sungguh la lemon, rina and mak ni..tak lupa juga pada nenek saye, fara dan mak encik scapex..juga ibu bapa saya yang mendoakan kesejahteraan saye..^__^

semoga pulihlah suara ku ini ya Allah..amiinn.


suare cuti! sila jangan call..tq



Friday, October 21, 2011

bila kitorang gile dan terase nak amik gambar pun macam orang gile.

Akibat mengalami stress terlampau disebabkan oleh presentation BUSINESS PLAN yang bakal dibentangkan maka...inilah hasilnya:

gambar 1: kebajetan terserlah untuk membuat gambar teramat formal lah kiranya
gambar 2: kene marah ngan dorang sebab tak mengikut arahan
gambar 3: snap kali kedua agar semua orang pun buat gaya sama ( huduhnye jari!)
gambar 4: keluarga bahagia sangat....^________^
korang tak payah komen.setuju aje bile saye cakap yang gambar ni kuit bangat! (sukati aku laaa)

terima kasih kepada ahli kumpulan merangkap ahli rumah dan bilik tidur..hidup ngan korang ni memang jadi dirik sendiri semedang! terserlah ke NGOK2 kan korang dan aku terutamanya..haha..i loike~!!

Thursday, October 20, 2011

kuku oh kuku


Bismillahirahmanirrahim..
hari ini ini bukan belog saya .blogspot.com nak berkongsi sedikit info yang di ambil dari kawan-kawan alam maya..jom kite tengok apa cerita tentang kuku ni..

Zaman sekarang ni macam-macam fesyen, macam-macam trend..kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita dah melanggar hukum-hakam dan mengenepikan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. 



-copy paste from somewhere-

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. ^__^

The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
1] jari manis 
2] jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari:
 1] jari tengah 
2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala. 


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. 


Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.")) wallahu a'lam.

Wednesday, October 5, 2011

geng Bas SeKoLah berBuka Puasa Di KFC

ok..sebab cerita ni dah berkulat-kulat makanya dengan tak sengaja saya pun dah terlupa tarikh hari kejadian. jadi, kite wat ayat senang:

 dalam pertengahan Ramadhan yang lalu, akhirnya dapat jugaklah kitorang mengumpulkan sebahagian kanak-kanak Geng Bas Sekolah batch 03-07 smk tun perak. (siap mention ek?) ekceli, jumlah kami ni 10 helai kesemuanya, tapi 4, 5 kerat ni jelah yang mampu dikutip..jom tingok...

ayu lat2 & intan k*tok. (hehe)

nonis & si itik (haha)

siti ang sa -zack (hik!)

setelah berkurun kitorang tak hang out sesame, jadi inilah saja masa yang tinggal sebelum masing-masing masuk kelas balik, kerje, paktikal dan lain-lain. well akibat kecanggihan arus modanisasi yang melampau2 jadi kitorang contact thru faceBOok je lah kan. Lastly, dari nak makan kat macam-macam tempat, KFC jugaklah yang paling mudahnye pun..hee~


macam biase, perjumpaan kat mane-mane pun pasti kecoh pasti havoc dengan kehadiran kitorang. dengan kerenah ayu ngan intan yang mengarut2, dengan zack yang ketawe ke nangis ke same je kuar air mate, dengan nonis yang paling sopan disitu dan akulah yang paling..err..paling.. baik! teeettt~


inilah juadah berbuka saya..eerr..hape ntah namenye ini..O.R chicken with blackpepper.. eehh? ade ke name cmni ek? belsah je lah..haha..yang penting yummmyy!

kemudian set dinner nonis dengan dua ketul ayam besar..oo..kenyang sekali.. 2 kali dah tak kenyang dah..

ini pulak makan dak lat-lat. sangat kebaratan betul siap makan hamburger je ni pun. alahai..xsempat nak rase sikit pun, sume dye dah habiskan..huhu

kemudian, dessert le plak.khelaasss gitu, buke2 puase je makan eskrim..haha..korang mampu? aku xmampu weyh, meragam perut..huwahuwa..

dalam banyak-banyak, si gadis melayu terakhir ni tetap nak nasi jugak. KFC tetapKFC jugak, nasi tak leh tinggal..haha.kiut-kiut je zack ni..pastu makan tak habis plak kan..intan jugak yang jdik MPJ.. toiinnggg!

kak aja.ayu.intan.zack.nonis.cik atul kiena (yg last pling lorat..hew3)

sume orang pun dah macam kene penyakit kuning je ni kan..hoho..maafkan ambe..tersalah setting le plak..adeyh2.. neway, kitorang masih lagi cun kan? hohoh..(gilak perasan!)

dalam kemeriahan ini, terdapat dua orang tetamukhas ni tau..traadaaa.. kak hajar dengan kak syida. mereka ni guru praktikal dekat SKAB..haha, ape kene mengenenye mereka dengan kami ek?


--tak nak bagitauuuuuu--

kuih bingke nenek + kurma
hahaa..adakah benda alah ni di KFC..opkos lah tak..ini siap bawak bekal dari rumah..sape punye keje lah ni kan? hahaha.. (gile! jangan nak kutuk, ni keje aku lah ni..heee)



walaupun dye nampak macam sedap dan menyelerakan...tapi dye..memang sedaplah weyh! sampai tak habis makan..dah kenyang sangat pun.. gile barak..siap jagung bagai..hur3~


okeyh...inilah gadis sweet yang gambarnya belum terdapat lagi sedari tadi..trang tang tang..kakkkk syida.. TQ kak, amikan pic kitorang...


disebabkan keriuhan kitorang yang tak boleh ditahan-tahan, kitorang pun tak sedar weyh ada family belakang kitorang yang celebrate besday anak dye..haha..ampunkan kami..makcik tu siap bagi kek lagi kat kitorang..alalala..bestnye dapat kek freeeeeee~~~