aca ne?

cikgu mule berceloteh..cot..cet..cot..cet..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Thursday, May 30, 2013

setelah setahun..

Assalamualaikum..hai pembaca2 semua.. (aha! macam ade followerssss lah pulak kan)

Makanya hari ini genap setahun saya tidak mengepost sebarang entry di blog ini (30 may 2012 - 30 may 2013).. sibuk sangat ke faridatul? ahaa! camtu lah ceritanya.. well.. ayat poyonya begini.. 

" sorri la..i memang sibuk sekarang nak uruskan business berjuta-juta.. dengan klien macam-macam hal.. proposal lagi..so..i xde mase lah nak berblog2 ni kan.." -----> wallah!
muahahaaa... ^_^

Walhal sebenarnya saya, insan yang bernama Atul Kiena ini adalah insan yang sedang menghadapi saat-saat terakhir sebagai seorang pelajar ijazah tahun akhir di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. 18 days to go..weeeee~ seharusnya saya tidak perlu lagi menceritakan tentang kesibukkan yang tahap dewa dewi bintang tiga. Walau bagaimanapun, tahap kesibukkan tu tak lah sampai nak update blog pun tak boleh, cuma saya memilih untuk membuat perkara-perkara yang lebih priority berkenaan pelajaran selain menaip untuk blog. Al-maklumlah hakikatnya saya masih seperti dahulu, yang SANGAT AMAT RAJIN BUAT KERJA DI AWAL WAKTU.. mihmihmihmih..

kuliah-assigments-presentation-proposal-PROJEK SARJANA MUDA

Bila-bila saya rajin nanti, saya akan ceritakan satu-persatu tentang kehidupan saya sepanjang 4 tahun bergelar pelajar universiti ini. Bukan apa, tak kata pun nak duk heboh cerita tentang diri sendiri.. ( i tau lah u olls tak berminat pun, tapi yang dok baca entry ni dah kenape kan? haha) tapi untuk bekalan anak-anak saya nanti.. yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik, JANGAN BERANI NAK BUAT ok! bila dah tua-tua nanti kan daya ingatan dah merosot, jadi saya kena lah jugak tulis kat blog ni.. (untuk anak-anak umi yang tengah baca ni...i leb yu bebeh!)

Apa yang tiba-tiba membuat  saya nak menaip di jam 4.20 minit petang di hari khamis yang indah ini? (padahal psm tak siap lagi ni) sebabnya macam ni tau, sejak menjak ni, saya selalu je terdedah dengan topik cinta. ehem! suke le tu... nak habis belajar lah kononya..maka topik ini sangat-sangat hangat di perkatakan.. 

cop2..siapa rasa diri beliau cukup matang, baca sampai disini sahaja..kerana ayat dibawah, tidak sesuai dibaca oleh golongan seperti anda.. ;)

kemudian, saya tertanya-tanya sendiri.. "cinta".. cinta tu macam mana ek? rasa yang macam mana? ( ok. mase ni, siyes macam tak tau cinta tu apa..) Dan kemudiannya membawa diri berfikir sejenak apakah definisi cinta bagi saya.. rumit lagi menyulitkan.. sampai tertaip kat blog..haa.. poyooossssssss sangat...



Definisi cinta oleh atul kiena:

" cinta tu macam.. ada pelangi kat belakang kita"
macam mana tu kan? dia macam kalau hujan, lepas tu panas lepas tu ade pelangi..haa..camtu la..kuang3.. macam bila sedih, kemudian kesedihan hilang, kemudian datang kebahagiaan.. campur-campur aduk macam tu.. (ok macam tak faham..) ==''



so..sebenarnya faridatul, cinta ni macam mana?


" cinta tu macam..kalau dia tak ada, kita jadi susah hati"
macam orang kata, kalau dia ada kita jadi tenang.. ha! tapi tak juga saya rasa..kengkadang kalau ade pun jadi tak tenang..siap kacau bilau! muahaha.. tapi kita tak boleh kalau dia tak ada..so, biarlah kacau bilau pun, yang penting ada dia.. hehee.. "My Life will Suck without you"



macam tak lengkap kan?


" cinta tu macam.. sayang sangat! sampai nak meletup jantung duk sayang.. "
kira kalau sayang tu..kita akan make sure yang terbaik..baik untuk kita, dan semestinya baik untuk dia.. baik pulak kita definisikan perkara-perkara yang membawa ke syurga.. haa.. complicated tak? tak kan? so..bila cinta, bila sayang, kita akan cuba untuk membuat perkara-perkara yang membawa kita dan dia ke syurga Allah sebab kita tau, perkara-perkara yang membawa ke syurga ini pastilah perkara yang terbaik untuk kita..
(kalau u olls baca perlahan-lahan berualang kali, insyaAllah u olls akan faham ) ^_^



ok...nampak tak mengarutnya definisi cinta saya tu..definisi ketika saya berusia 22 tahun lebih sikit.. definisi cinta antara sesama manusia khususnya.. mungkin boleh di aplikasi pada cinta- cinta yang lain..

mungkin suatu hari nanti, bila saya meningkat dewasa, definisi cinta saya akan berubah lebih matang dan lebih kukuh.. Di tambah pula dengan sejarah dan pengalaman hidup.. ngeee... siapa tahu? 


so kawan-kawan.. teruskan dengan cinta dan cita-cita kalian.. dahulukan yang mana lebih penting.. 
perkaitan anda dan cinta---> Anda sebenarnya lahir atas nama cinta ibu bapa anda, dan itu bermakna anda sangat bernilai.. cuma, berapa besar nilai anda itu, anda sendiri yang tentukan.. (kalau tak faham, baca perlahan-perlahan, berulang kali.. ) heee..




Assalamualaikum...






p/s: cinta tu macam... awak! perfectly imperfect.