aca ne?

cikgu mule berceloteh..cot..cet..cot..cet..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Tuesday, April 5, 2011

surat cinta awak untuk saye..

tipu..tipu..tipu..tajuk surat ni bukan macam tu..sebenarnye macam yang kat bawah ni: =_=


surat seorang lelaki kepada seorang perempuan..


Muslimatku,

Apa khabar imanmu hari ini,

Aku harap baik-baik saja.

Aku dengar hatimu ada masalah.

Masalah hatikan?

Masalah hati yang khusus mengenai cinta.

Aku juga ada masalah sepertimu.

Aku suka pada muslimah solehah sepertimu.

Terutamanya, dirimu juga penggerak dakwah sepertiku.

Kita berada di jalan yang sama,

Di tempat yang sama.

Kadang-kadang, aku terbayangkan,

Alangkah indahnya jika kita dapat bergerak kerja bersama-sama,

Bukan sekadar penggerak satu generasi,

Tetapi juga sebagai penggerak satu pasangan yang aktif,

Yang boleh menjadi contoh kepada adik-adik kita,

Untuk terus bersemangat dalam gerak kerja untuk Islam yang tercinta,

Aku kira, jika kita bersama sebagai pasangan yang halal,

Gerak kerja kita akan jadi lebih lancar,

Jika ada meeting, kamu akan mengingatkanku untuk hadir bersama,

Jika ada program, kita akan sama-sama ke tempat program,

Jika ada jemputan untukku memberi pengisian,

Kamu akan menemaniku sehingga lewat malam,

Walaupun aku letih dan penat, kamu tetap ingatkan aku untuk bertahajud,

Aku akan sentiasa menghargainya,

Muslimatku,

Namun begitu, kamu semestinya tahu kita masih lagi di pengajian,

Kita masih lagi belajar untuk menuntut ilmu,

Kita masih lagi menggunakan bantuan PTPTN untuk keperluan harian,

Kita masih lagi membayar sewa rumah dengan menggunakan duit mak dan ayah,

Kita masih lagi mengharapkan sahabat-sahabat kita jika ada masalah kewangan,

Kita juga tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membimbing anak-anak kita kelak,

Semua ini aku dapat membayangkan betapa aku akan mengecewakanmu,

Jika aku hanya mampu memberikanmu rumah tumpangan untuk kita berteduh,

Jika aku hanya mampu membayarkan duit tambang bas untukmu ke kuliah,

Jika aku hanya mampu meminjam duit kawan untuk kita makan,

Jika aku hanya mampu ajar ABC untuk anak-anak kita,

Maafkan aku muslimat,

Aku tidak sanggup melihatmu dalam kesusahan,

Aku tidak sanggup melihatmu menderita,

Aku tidak sanggup untuk semua itu,

Kamu muslimatku,

Aku akan menjaga kamu sebaiknya,

Aku akan memberikanmu tempat berteduh yang selasa untuk kita,

Aku akan memberikanmu kereta untuk kita bergerak ke tempat program,

Aku akan menyediakan ilmu yang cukup untuk kita ajar anak-anak kita tentang Islam,

Tapi semua itu aku hanya mampu berikan kepadamu selepas kita grade,

Aku akan mencari kerja yang terbaik untuk keluarga kita,

Aku akan mengumpulkan wang secukupnya untuk masa depan kita,

Bersabarlah wahai muslimatku,

Bukan aku sengaja membuatmu tertunggu-tunggu,

Bukan aku sengaja membiarkanmu memikirkannya sendirian,

Tetapi semuanya kerana ingin membuatmu bahagia,

Setelah aku sudah tidak perlu kepada bantuan orang,

Saat itu, aku akan mengkhitbahmu secara terhormat,

Saat itu, semuanya telah tersedia untukmu,

Untuk kita terus bersama dalam gerak kerja dakwah kita,

Untuk kita terus bersama untuk memperjuangkan Islam tercinta,

Maafkan aku muslimat,

Jika hari ini aku hanya mendiamkan diri tanpa menyatakan keinginanku kepadamu,

Jika hari ini aku hanya membiarkan persoalan-persoalanmu tanpa jawapan,

Jika hari ini aku hanya memandangmu dari jauh sebagai tanda hormatku padamu,

Maafkan aku muslimat.

Ayuhlah,

Kita sama-sama membaiki diri untuk masa depan kita,

Kita sama-sama memperpanjangkan malam-malam kita dengan qiam,

Kita sama-sama mengisi kelapangan waktu dengan zikrullah,

Kita sama-sama menimba ilmu duniawi dan ukhrawi,

Untuk kita membiasakannya di saat kita berkeluarga,

Untuk kebaikkan anak-anak,

Untuk kebaikkan mad’u- mad’u kita,

Bersabarlah muslimatku,

Jika di dunia ini kita tidak diberi kesempatan untuk bersama,

Berdoalah untuk kita bertemu di syurga.

Kerana perjuangan kita adalah jihad fisabilillah.

Yang ikhlas,

Musliminmu.

"copy from Khazinatul Asrar"

saye tak kisah pun kalau awak fikir macam ni...-_-

1 comment:

pot..pet..pot..pet disini