aca ne?

cikgu mule berceloteh..cot..cet..cot..cet..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday, February 6, 2011

mereka selamat



Alahamdulillah.. akhirnya pelajar kita berjaya dipindahkan dengan selamatnya..walaupun lewat sikit tak pelah kan..biar lambat asal selamat..eeerrr... relevankah peribahasa ni? huu... korang yang tentukan ok..terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia terutamanya atas OPS PIRAMID yang dijalankan...

rakyat Malaysia yang menunggu untuk pulang ke Malaysia (copy from http://hijaurimba2.blogspot.com/2011/02/ops-piramid-bermula-di-kaherah.html)

AAAAAAA....kejam punye internet...penat taip pepanjang tak save plak..haiisshh... sabar je lah aku..


ok..dipendekkan cerita..memandangkan post ini pun dah bertahun nak di publish tapi tak publish-publish, so kite wat ringkas-ringkas ajelah..(dah la cerita dah lapuk) huhuuu...tak kire..nak publish jugak..huhh!

kami dari ahli keluarga AWJ sangat bersyukur kehadrat Illahi sebab abg Hadi selamat sampai ke Airport Changi Singapura pada 3 februari lalu seperti yang dijangkakan.. Alhamdulillah sekali lagi ya Allah...

masa kat kampung hari tu penatlah kitorang duk korek rahsie abg Hadi..(nak taip balik ke ni? penatnyeerrr...) so kronologinye adelah sikit2 macam ni:

25 Januari: Krisis bermula..penduduk mendapat info melalui Twitter dan laman2 sesawang untuk berkumpul di 1 tempat ni..(adeyh..apela name dye aritu..lupe2..mintak maaf)

26 januari: kerajaan mula mem'block' twitter agar berita ini tak meluas dikalangan rakyat..so..tak lah ramai orang yang memberontak nanti kan..

27 januari: talian talefon mula ada gangguan..ini bagi melumpuhkan operasi rakyat..manakala internet juga telah diblock sepenuhnya oleh mereka yang bertanggungjawab.

28 januari: bila rakyat makin ramai yang keluar, polis sangat diperlukan dikawasan panas.. maka, banduan berjaya melepaskan diri sebab polis dah makin sikit kat balai.. jadi. masa ni kekecauan mula teruk sebab ada sesetengah mereka yang mengambil kesempatan untuk bertindak yang 'tidak-tidak'

29 januari: penduduk mula berkawal di kediaman masing-masing (rukun tetangga), manakala tempat-tempat pemberontakan makin kacau bilau..

30 januari: Egypt Air kekurangan krew untuk penerbangan..ini kerana krew2 sendiri membantu menyelamatkan sanak-saudara mereka yang terlibat dalam krisis tersebut.. (sesetengahnyelah). kiranya, banyak penerbangan yang tertangguh, ini ditambah pula dengan serangan yang berlaku di airport sendiri..

1 februari: abang hai dan rakan-rakan berjaya mendapatkan penerbangan ke UK kerana tiada penerbangan untuk ke Malaysia..(transit-transit la)

ooohh..saye dah tak larat nak taip lagi..mintak maaf sekali lagi yer..sila jangan komen ape-ape tentang post ni..jom wat assigment...! huhhh...


neway..terima kasih sekali lagi kepada pihak yang bertungkus-lumus menyelamatkan mereka..

nak usha link...eerr...tengok berite jelah..heee~


No comments:

Post a Comment

pot..pet..pot..pet disini