aca ne?

cikgu mule berceloteh..cot..cet..cot..cet..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, February 18, 2011

ape cerita tentang surah Al - Kautsar ?

..Bismillahirrahmanirrahim..

setelah sekian lame tidak meng'update' inibukanbelogsaya.blogspot.com saya mendapat satu ilham untuk menge'post' sesuatu yang lebih bermakne dari cerita-cerita semasa.. kupasan dari tajuk yang bakal saya sampaikan ini adalah lebih evergreen..eerr? maksud saya cerita ni tak lapuk sampai bila-bila pun..

maka al kisahnya tersebutlah seorang insan yang lebih saya senangi sebagai seorang abang ini memberikan suatu tips kepada saya.. kebetulan mood saya pada waktu itu agak tunggang terbalik yer..kenapa begitu? heehh..tak perlulah diperjelas secara terperinci..

(kelebihan surah ini sudah banyak dikongsikan diblog2 teman seislam yang lain)

Nama surah: Al-Kautsar
Surah: 108
Bil Ayat: 3
Tempat: Mekah


abang cakap surah ni bagus untuk kita baca setiap kali semasa solat..antara kelebihannya kita mudah berkawan atau berinteraksi sesama manusia.. so..saya mulalah mencari-cari apekah kelebihan surah Al- Kautsar ini..

amir plak cakap elok bace surah ni kalau mase tengah marah-marah..hek..~!

Khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Jika Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, InsyaAllah Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
  2. Hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  3. Bila kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
  4. Andai sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  5. Membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.InsyaAllah
  6. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
  8. Membacanya sebanyak tujuh kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.
  9. Siapa yang membacanya tujuh kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.
  10. Sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Pastu saye memaksa amir (bukan nama sebenar) untuk menceritakan lebih lanjut tentang surah ni.. Katenye surah ini disifatkan sebagai surah yang menyenangkan hati nabi ketika nabi bersedih atas kehilang anaknya Ibrahim serta bapa saudaranya Abu Talib.kira macam ayat memujuk bila kita sedang berduka..

si Amir cakap lagi..Al-Kautsar ni plak diceritakan sebagai sebatang sungai di dalam syurga..Airnya lebih manis dari madu..manakala putihnya lebih putih dari susu.. tambah dalam maklumat internet..bau air sungai ni lebih wangi dari bau kasturi..kolam sungai ni plak diperbuat dari permata..waaaahh..sangat teruja ye..

jom tengok blog sahabat yang lain..







p/s: terima kasih kepada bloger2 sekalian..dan tak lupa pada abang serta amir yang dipaksa mencari maklumat surah ini..=)


1 comment:

pot..pet..pot..pet disini